Sunday 20 January 2013

SUMBER NUTRISI RUMPAI LAUT

APA ITU RUMPAI LAUT

Rumpai laut atau juga dikenali sebagai "organik sarang burung laut" ini mengandungi Nutrien yang sangat tinggi untuk keperluan harian. Ia megandungi Karbohaidrat, Protein, Enzim hidup, Vitamin-vitamin, Zat Besi, Kollegen, Phosphorus, Pattasium, Kalsium, Serat Tinggi dan 64 Mineral semulajadi. Organik Sarang burung laut juga amat berkhasiat kepada golonggan kanak-kanak,wanita mengandung, wanita putus haid serta pengemar makanan vegetarian. Organik Sarang Burung Laut Tidak Mengadungi Apa jua bahan2 kimia ,Pengawet atau pewarna.


Sumber nutrisi yang sangat hebat untuk kesihatan dalaman dan kulit. Sesuai diamalkan lelaki dan wanita untuk semua peringkat usia.
KOLAGEN - 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen ini bersamaan denggan 2 keping sarang burung layang-layang.
KALSIUM - 37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.
ANTIOKSIDA - 550 kali lebih kuat dari vitamin C.
VITAMIN A - 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.
PROTEIN - 21 kali lebih banyak dari susu.
OMEGA 3 DAN OMEGA 6 - 2326 kali lebih banyak dari ikan.

Rumpai laut mempunyai kandungan iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang. Ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, omega 3 dan antioksidan. Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit atau buasir.

Khasiat rumpai laut bakar atau kering adalah sama seperti khasiat yang terdapat pada rumpai laut segar yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti besi, magnesium dan karbonat. Perbezaan antara jenis ini adalah apabi
 la rumpai laut itu dikeringkan atau dibakar, bakteria pada rumpai laut sebagai makanan telah dibunuh dan dimusnahkan.

Ekstrak rumpai laut dikatakan tinggi kandungan mineral dan kaya dengan sumber iodine, zink, besi, kalium, tembaga, magnesium dan kalsium. Ðikatakan dengan menambah rumpai kaut dalam masakan mampu meningkatkan jumlah serat dalam makanan yang telah dimasak.

Buang toksin dan bahan radikal bebas

Kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak rumpai laut dikatakan mampu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis kira-kira sebanyak 15%. Pesakit yang mengambil ekstrak rumpai laut selama tiga bulan telah mengalami kemajuan dalam pergerakan dan pengurangan rasa sakit.

Rumpai laut bantu turunkan tahap kolesterol

Ekstrak rumpai laut juga amat baik untuk jantung kerana ia didakwa merendahkan kolesterol dan juga memperbaiki pengedaran darah. Ðikatakan juga menggantikan garam dengan rumpai laut yangtelah dikisar halus dalam makanan amat baik untuk mereka yang mengalami tekanan darah tinggi.

Mencegah kanser

Pertumbuhan dan penyebaran kanser dalam tubuh juga mampu dicegah jika ekstrak rumpai laut dijadikan sebagai makan seharian.

Meningkatkan metabolisme

Ekstrak rumpai laut dikatakan juga mengandungi alginate, bahan aktif tidak ada rasa dan tidak berbau yang dikatakan mampu meningkatkan metabolisme, sekali gus meminimumkan peningkatan berat badan yang berkaitan dengan makanan berlemak dan berkalori.

Alginate dalam ekstrak rumpai laut juga dikatakan mengikat bahan radioaktif dan logam berat, dan juga membebaskan radikal bebas dan toksin lain dalam tubuh. Bahan-bahan ini kemudiannya keluar daripada tubuh apabila ia dibuang daripada sistem tubuh.

Merangsang sistem pertahanan badan

Ekstrak laut juga dikatakan mampu merangsang sistem imun dan membantu tubuh menentang jangkitan virus seperti herpes. Ia juga amat baik untuk mengurangkan masalah kulit seperti ekzeme dan psoriasis.

Rumpai laut juga dikatakan mengandungi seanol, antioksidan kuat yang lebih berkuasa daripada apa yang terdapat dalam tumbuhan di darat. Antioksidan ini dikatakan mampu merangsang tenaga dan kesedaran mental.

Lignan yang ditemui dalam rumpai laut juga dikatakan mampu bertindak sebagai estrogen lemak dan bersama-sama dengan magnesium ia mampu mengembalikan semula corak tidur dan mengurangkan ‘hot flushes’ yang berlaku pada wanita menopaus.

No comments:

Post a Comment