SOAL JAWAB


Soalan : Bolehkah saya memakan Rumpai Laut Jika Saya Alahan Dengan Makanan Laut

Jawapan : Alahan makanan laut secara umumnya terbahagi kepada dua kategori: alahan kepada kerang dan alahan kepada makanan laut lain. Jika ia adalah alahan yang teruk, lebih-lebih lagi dengan kerang, anda mungkin perlu mengelakkan rumpai laut. Tetapi alahan adalah sangat individual dan unik iaitu bergantung kepada individu. Ada orang alahan dengan kerang tetapi tidak dengan makanan seafood yang lain atau sebaliknya. Anda perlu mengenalpasti makanan seafood yang alah dengan badan anda untuk dielakkan makan.


Soalan : Apa itu rumpai laut?

Jawapan : Sejenis tumbuhan herba yg tumbuh secara terapung di laut. byk terdapat di semporna atau sabah kerana ia sebahagian daripada projek kerajaan malaysia.


Soalan : Apa khasiat rumpai laut?

Jawapan : Untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman, mengurangkan risiko penyakit2 kronik kerana rumpai laut mempunyai byk kandungan mineral yg diperlukan badan manusia.


Soalan : Tak ada kesan sampingan ker?

Jawapan : Penternakan rumpai laut tdk menggunakan apa2 baja atau racun kimia. ia dibiarkan tumbuh sehinggga matang sebelum di pungut. rumpai laut yg dipungut akan dijemur atau stim sehingga kering, kemudian dijual. maka, tiada apa2 campuran bahan kimia,perisa,pengawet atau perwarna tiruan. tiada kesan sampingan.


Soalan : Siapa boleh ambil rumpai laut ni?

Jawapan : Lelaki dan perempuan kecuali perempuan baru mengandung atau lepas bersalin dan kanak2 bawah 2thn. bagi kanak2 bawah 10 thn. hadkan pengambilan 1-2 sudu sehari shj.


Soalan : Kenapa rumpai laut berubah warna dan ada kristal putih?

Jawapan : Kristal putih adalah garam laut. akan hilang apabila dicuci. warna rumpai laut berubah berperingkat2 tetapi jgn risau, khasiat tetap sama.


Soalan : Harga rumpai laut kuning dgn ungu sama ker?

Jawapan : Stok yg saya jual,harga tak sama. harga stok ungu sedikit tinggi kerana sukar untuk dapatkan rumpai laut ungu dari pembekal. stok terhad dan harga dari pembekal pun lebih tinggi utk rumpai laut ungu.


Soalan : Beza rumpai laut ungu dgn kuning?

Jawapan : Rumpai laut ungu lebih banyak khasiat berbanding rumpai laut kuning kerana rumpai laut ungu diproses secara semulajadi. rumpai laut kuning diproses secara stim menyebabkan khasiat berkurangan.


Soalan : Rumpai laut ungu berbau?

Jawapan : Ada sedikit bau tetapi bau akan hilang selepas di cuci atau di rendam.Boleh hilangkan bau apabila di cuci dengan air asam.


Soalan : Berapa lama rumpai laut belum dimasak boleh bertahan?

Jawapan : Setahun lebih jika tdk bercampur dgn apa2 bahan atau cecair.


Soalan : kenapa bukn di tempat lain??

Jawapan : Air laut di SEMPORNA sabah banyak sumber protin dn vit tak sama dgn air laut di negeri lain.penanaman rumpai laut hanya di lakukan di lautan semporna saja.cara penanaman pon di pantau oleh kementerian kesihatan malaysia.bukan sebarang2 nak tanam

Soalan : Kenapa hari pertama makan kolagen rumpai laut, kita akan rasa gatal2, berpeluh2 macam lepas belari je,mengantuk, selesema, lawas sistem perkumuhan dan dahaga??
Jawapan : kerana kolagen rumpai laut sedang menjalankan tugasnya dengan membunag segala toksin2 dalam badan kita, badan kita mengalami proses pemulihan dan tindak balas.ada juga individu yg tak mengalami proses pemulihan , begantung atas tubuh kita .

Soalan : Bila boleh nampak hasilnya lepas mkn kolagen?
Jawapan : Paling lama pon 2 minggu dah nampak perubahan, ada pelanggan saya yang makan 5 hari dah mulai rasa perubahan dan bagi komen yg baik.

Soalan :macamana yek rasanya kolagen rumpai laut ni??

Jawapan : kolagen rumpai laut mentah..kita yg proses sendiri, kalau nk lebih sedap masak bersama2 dgn daun pndan yg di potong kecik2 dlm 15 helai , biar penuh periuk semerbak bau daun pandan.dan nak lebih senang lgi..lepas mendidih, asingkan sedikit koalgen tu ke dalam bekas untuk di buat masker, sebahagian lagi masukkn sirap dan gula untk lebih sedap.


Soalan : Adakah khasiatnya bertukar sekiranya Kolagen rumpai laut dimakan atau diminum dengan bahan lain?
Jawapan : Tidak. khasiat di dalam KOLAGEN RUMPAI LAUT NI tidak boleh bertukar dengan sekadar campuran lain. Ia hanya boleh ditukar dengan haba yang sangat tinggi kerana ia bersifat PROTEIN.

Soalan  : Yang mana satu betul bagi kuantiti air untuk rebus KOLAGEN RUMPAI LAUT
Jawapan: Bagi saya semuanya betul. Rebuslah KOLAGEN RUMPAI LAUT mengikut kekentalan yang kamu ingin kan. ada pengguna lebih suka tebal PMC , jadi kurangkan kuantiti airnya. Ada pengguna lebih suka cair , jadi lebihkan kuantiti air semasa rebus KOLAGEN RUMPAI LAUT.


Soalan : KOLAGEN RUMPAI LAU ini ada kelulusan KKM? @ ada tanda Halal?
Jawapan : Bagi saya KOLAGEN ini tidak perlu ada tanda halal atau kelulusan KKM. Seperti mana anda beli ikan masin,masih bahan mentah yang tidak perlu kelulusan KKM @ tanda halal sebab anda tahu ia halal dan untuk pastikan ia bersih anda perlu cuci sebersih-bersihnya untuk makan KOLAGEN RUMPAI LAUT..

Soalan :Berapa lama KOLAGEN RUMPAI LAUT ni boleh bertahan yer?
Jawapan : Selagi KOLAGEN ni dalam keadan yg bertutup rapat, ia kan bertahan lama sehingga 2 tahun.

Soalan :Kenapa ya saya mkn KOLAGEN RUMPAI LAUT ni rase mcm nak demam, hidung berair.. Muka mata jadi gatal²? adakah sy tak sesuai mkn PMC nie?
Jawapan : Sebenarnya anda kurang minum air mineral..kena banyakkn minum air 8 gelas sehari sebab itu sistem badan jadi agak terkejut.



6 comments:

  1. salam sy nak tanya, kalau macam rumpai laut ungu tu boleh kena alahan ke? sbb sy ade jumpa 1 blog ni dia kata dia tak boleh makan rumpai laut ungu sbb dia alahan kat dlm toksin rumpai laut tu dan alahan dia jenis ruam dan rasa gatal2.. sy punya masalah pula sy ade buat masker muka dan makan rumpai laut ungu tu juga tapi lepas 2 hari muka sy kuar ruam2 dan rasa gatal. tu tanda alahan atau healing crisis? sbb dia kuar ruam n rasa gatal di muka sahaja dan sy tiada alahan pada makanan laut so sy patut berhenti makan dan pakai masker ke macam mana?

    ReplyDelete
  2. saya ingin tanya adakah ada kesan sampingan jika makan rumpai laut ini semasa membuat rawatan radio treaphy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya rumpai laut ini merupakan keluarga daripada jenis sayur-sayuran yang digalakkan makan apabila menerima rawatan kimoterapi...rawatan kimoterapi menyebabkan sistem imun tubuh badan kita akan melemah menyebabkan mudah terkena serangan penyakit...mengamalkan rumpai laut sebagai pemakanan kesihatan adalah amat baik dan boleh meningkatkan sistem imun dan memulihkan sistem kekebalan tubuh atau sistem imun badan kita...sekian

      Delete
  3. Wassalam...Dalam rumpai laut ni takde benda toksin..ia bersih dari toksin dan pencemaran malahan ia membuang toksin dalam badan anda..Pastikan rumpai laut yang dibuat masker tu dicuci terlebih dahulu seperti yang disarankan sebelum memprosesnya membuat masker..cuba buat masker jenis rumpai laut yang warna kuning jika rasa gatal2 masih berterusan jika menggunakan rumpai ungu...setiap orang berbeza kesan setelah menggunakannya...jika rasa tidak selesa menggunakan masker cuba makan 2 sudu terlebih dahulu setiap hari...bila dah serasi dengan badan anda barulah buat masker...sekian terima kasih...

    ReplyDelete
  4. slm,nk tanye rumpai laut yg msih dlm bungkusn dgn dsimpn dlm almari lbih kurg1thn 4buln msih boleh dgunaknkah?warna ungu dh btukr kpd warna kkuningn..

    ReplyDelete
  5. slm,nk tanye rumpai laut yg msih dlm bungkusn dgn dsimpn dlm almari lbih kurg1thn 4buln msih boleh dgunaknkah?warna ungu dh btukr kpd warna kkuningn..

    ReplyDelete